Bagaimana Tayangan Kita Di Akhirat ?
Segala puji bagi Allah . Diberi kita kesempatan untuk masih lagi bernyawa pada hari Jumaat yang sungguh Indah . Alhamdulillah .
Apabila tiba hari akhirat ,
Allah hidupkan semua hamba-hambaNya ,
Manusia bangkit menuju ke Padang Masyar ,
Ada yang lengkap ,
Ada yang tidak lengkap ,
Ada yang sempurna ,
Ada yang tidak sempurna .
Saudaraku , bila tiba hari akhirat , tiada guna lagi erti penyesalan . Tiada guna lagi erti kesedihan . Tiada guna lagi erti bertaubat . Bila sampai giliran kita , Allah yang Maha Agung paparkan tayangan , segala dosa dosa kita yang pernah dilakukan , segala kebaikan yang kita buat mahupun sekecil zarah . semuanya . tidak ketinggalan satu pun .
Saudaraku , adakah kita mahu tayangan kita itu memaparkan dosa dosa kita ,
berpegangan sesama bukan mahram , tanpa segan silu ,
berpelukan tanpa rasa malu ,
bahkan melakukan perkara terkutuk tanpa rasa berdosa .
Saudaraku , adakah kita mahu tayangan itu memaparkan kesalahan kita ,
Kita tidak menjaga maruah diri kita sebaiknya ,
Kita tidak menjaga aurat kita selengkapnya ,
Terdedah sini terdedah sana .
Allahuakbar ! Adakah itu yang mahu kita tayangkan untuk Allah ?
Adakah manusia akan bersorak apabila melihat tayangan itu ?
Tidak sama sekali saudaraku .
Adakah kita akan gembira melihat dosa dosa yang kita lakukan ?
Tidak , saudaraku .
Hanya tinggal esakan tangis , penyesalan , rasa bersalah .
" Ya Allah , masih ada lagikah peluang untuk ku ? "
Tidak sahabatku . Allah tidak akan lagi memberimu peluang ! Walau sehebat mana engkau menangis . Walau sehebat mana rasa penyesalan mu . Walau keluar air mata darah mu . Semua tidak berguna !
Saudaraku , Bersyukurlah .
Kita masih diberi peluang untuk berubah .
Kita masih diberi peluang untuk bertaubat .
Kita masih diberi peluang untuk perbaiki diri kita ,
supaya tayangan di akhirat itu membahagiakan kita . =)
Ya , manfaatkan masa ini sekarang saudaraku .
Entah esok , kita sudah tiada . siapa tahu .
Saudaraku , satu perkara yang harus kau ingat .
Mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis ,
Perubahan itu sakit kerana syurga itu indah .
Tiada kejayaan yang datang tanpa pengorbanan .
Perbetulkan niatmu sayang . Berubahlah Kerana Allah .
Semoga semuanya dipermudah oleh Allah .
Older Post | Newer Post
|