Menjaga Ikhtilat Di Alam Maya Itu Perlu !
Monday, 16 December 2013 | 12/16/2013 |
0 Awesome!
Assalamualaikum dan selamat malam .
Alhamdulillah . Semakin hari semakin ramai para muslimah yang berhijrah untuk menjadi seorang muslimah yang solehah .
Memang kita tak dapat nafi , muslimah solehah ini cenderung untuk menjaga ikhtilat dengan ajnabi di luar alam maya . Sebagai contoh , mereka berasa malu untuk berbicara dengan ajnabi , malu untuk bergurau senda dengan ajnabi dan malu apabila dilihat oleh sang adam ini .
Tapi , ada sesetengah daripada kita masih lagi lupa tentang menjaga ikhtilat di alam maya . Mereka ber-facebook , ber-chatting dengan bukan mahram tentang perkara yang lagha , bergurau senda di laman sosial dengan group entah ape ape , ber-whatsapp dengan ajnabi tanpa mempunyai urusan mengikut syariat . Allahu .
Wahai saudara seislamku . Menjaga ikhtilat atau pergaulan melambangkan kesolehan kita . Ingatlah , Ibilis laknatullah sentiasa mencari cara untuk melalaikan , menggoyahkan iman muslimah solehah ini . Kerana apa ? Mereka hanya ingin bawa kita ke neraka , menjadi penemannya ! Nauzubillah .
Mungkin akan ada daripada hamba Allah ini yang memperlekehkan muslimah yang cukup menjaga ikhtilat di luar tetapi apabila di alam maya , hilang sifat malunya . Di mana lagi penghormatan mereka terhadap kita ? Well , kita tidak tahu apa orang fikir kan ?
Jadi , gunalah kelebihan alam maya ini dengan sebaiknya . Peliharalah ikhtilat mu wahai mawar syurga . Bataskan pergaulan mu hanya untuk urusan sahaja . Jauhilah diri mu daripada perkara yang melalaikan . Semoga kita dapat meraih cinta Allahu Rabbi .
Older Post | Newer Post